selamat datang


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, 12 March 2012

Saturday, 10 March 2012

KAWALAN KUALITI

*Dalam memastikan produk dapat dihasilkan itu benar-benar berkualiti, HBSB sentiasa memantau segala fabric dan chemical yang digunakan. Produk barang siap dihantar kepada Lembaga Ktaftangan Malaysia untuk tujuan"Ujian Kualiti


KOMUNIKASI


*Pihak pengurusan mengamalkan system komunikasi 2 hala bagi memberi peluang kakitangan berinteraksi secara terus dengan pihak pengurusan.


PERANCANGAN MASA DEPAN


*Pada masa sekarang sudah terdapat 2 cawangan lain iaitu di Bazar Kubur dan Pantai Cahaya Bulan. Namun         pihak kami masih lagi mahu menambahkan bilangan cawangan dan akan mempelbagaikan aktiviti perniagaan.
STRATEGI  PEMASARAN

Strategi pemasaran yang baik mampu menjamin sesebuah perniagaan bertapak dengan cekap dan berkesan dalam pasaran hari ini, yang dikatakan semakin mencabar dan penuh persaingan. Strategi pemasaran adalah berkisar untuk menentukan pasaran yang betul, pasaran sasaran yang tepat serta menggunakan kekuatan dalaman syarikat yang lebih dikenali dengan campuran pemasaran yang meliputi 4P iaitu Product(produk), Promotion(promosi), Price(harga) dan Place(agihan/tempat). Dengan mengadun campuran 4P ini dengan efisyen, seseorang usahawan mampu untuk bersaing di pasaran malahan dapat menjadi pemimpin pasaran(market leader) yang dapat menguasai syer pasaran(market share) yang besar.

Friday, 9 March 2012

KELEBIHAN YANG TERDAPAT DI SYARIKAT 
HANAFI BATIK SDN.BHD.



  • Pihak pengurusan syarikat ini menggunakan konsep pembayaran melalui cash, invoice dan kad kredit.
  • Promasi yang terdapat di syarikat kami kebiasaannya bermula setiap waktu cuti persekolahan dan juga pada bulan ramadhan. Kami membuat promosi selama satu bulan sahaja.Tujuan kami adalah untuk menarik lagi minat pelanggan untuk membeli produk yang terdapat di Hanafi Batik sdn.Bhd.



Wednesday, 7 March 2012

Maklumat Pesaing-pesaing

Pesaing merupakan salah satu faktor atau elemen yang sangat penting dalam merangka sesuatu strategi pemasaran. Melalui aktiviti persaing, pemasar dapat menentukan kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada strategi pemasaran mereka. Kejayaan seseorang pemasar sering kali diukur sejauh mana syer pasaran yang diperolehinya berbanding dengan pesaing mereka. Kajian dari semasa ke semasa adalah perlu untuk mengetahui kelebihan-kelebihan tertentu untuk mendapatkan tempat di pasaran dengan melemahkan pesaing-pesaing.

Tidak dapat dinafikan bahawa Hanafi Batik sdn.bhd. juga dijangka akan menghadapi kesan  dari pesaingnya sama ada secara menegak atau mendatar. Maksud saingan secara menegak ialah pesaing lain yang menawarkan produk yang sama dengan produk pemasar iaitu menyediakan produk batik. Buat masa ini terdapat lima pesaing utama iaitu Nordin Sfn.Bhd.(Kota Bharu), THM Singapore, ABASK trading,Meilun Food Chemical Sdn.Bhd,(Port Klang) dan Ng Che Lee Sdn.Bhd.(Johor). Walau bagaimanapun, syer pasaran yang kuasai oleh mereka dapat disaingi oleh HBSB dengan menggunakan strategi pemasaran yang sediaada.

Tuesday, 6 March 2012

mAKLumaT MengeNai PerNiagaAn

Sejarah Perniagaan 
Hanafi Batik Sdn.Bhd. pada dasarnya merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam bidang pembuatan pemasaran batik. Berbekalkan pengalaman dengan penubuhan  perniagaan tunggal Hanafi Batik pada tahun 1992, pemilik telah mengembangkan perniagaan dengan pernubuhan  syarikat Sendiri Berhad pada 26 Oktober 2005. Pengurusan HBSB mengamalkan konsep konglomerat dan ingin mencapai maklumat syarikat yang cemerlang  di masa depan. Pemilik telah membeli sendiri bangunan kedai dua RM400,000.00. 
Kemudahan bank yang sedia ada diperolehi oleh HBSB adalah jaminan kredit melalui Letter of Credit(Luar dan Dalam Negeri) dan Trust Receipts melalui institusi kewangan tempatan iaitu CIMB Bank Berhad. Keunggulan dan kemampuan daya saing yang mantap telah menyebabkan HBSB memperolehi dua kemudahan di bawah tabung keusahawanan PUNB iaitu Bai'Al Inah Working Capital Facility(with Revolving and Rollover Option) dan Revolving Bai' Murabahah Working Capital Facility.